Monday, March 14, 2011

Bantuan pernafasan mulut ke mulut : CPR

kelas diteruskan dengan pembelajaran tajuk baru..iaitu CPR atau dalam bahasa pernafasan mulut ke mulut...
tetapi untuk mendalami ilmu CPR ini, kita terlebih dahulu perlu memahami maksud dan mengeskploidtasikan
langkah-langkah keselamatan ini dengan cekap serta mahir mengendalikannya..

Maksud bagi CPR ialah "Cardiopulmonary Resuscitation" bantuan awal ini amatlah penting bagi pesakit sebelum tibanya bantuan hospital kerana peratusan pesakit untuk mati adalah tinggi! Selain itu juga, bantuan awal dapat memberikan semangat untuk hidup kepada pesakit.

Untuk memulakan bantuan awal ataupun CPR, sebagai penyelamat beliau harus memastikan samada pesakit dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar. Seterusnya, sebagai panduan, beliau mesti tahu langkah "DR ABC." maksudnya;-

                     D - Danger
                     R - Respond
                     A - Airways
                     B - Breathing
                     C - Circulation

Sebagai contoh kejadian, pesakit baru sahaja terlibat dalam kejadian jalan raya, mangsa menunggang motosikal dan mengalami pendarahan. Langkah pertama untuk penyelamat ialah, mendapatkan bantuan lain seperti menelefon ambulans.Sesudah itu, penyelamat harus memastikan pesakit berada dalam keadaan yang selamat "D". Contohnya, pesakit tidak berada di tengah jalan raya yang boleh dilanggar kenderaan lain, sekiranya pesakit dalam keadaan yang bahaya, alihlah pesakit di tempat yang selamat...

"R" penyelamat harus sedarkan pesakit untuk memastikan samada pengsan ataupun tidak.
"A" penyelamat meletakan pipi dan telinga di muka pesakit untuk merasa pernafasan,  dalam masa yang sama          mata melihat dada pesakit samada naik ataupun tidak..
"B" penyelamat perlu tahu pesakit masih bernafas ataupun tidak..
"C" periksa nadi pesakit masih berdenyut ataupun tidak


Untuk lebih jelas membuat bantuan CPR mari lihat video ini

P/S : Walaupun kita mahir untuk membuat bantuan awal ini, tetapi kita masih perlu untuk mendapatkan bantuan lain seperti telefon hospital dll...selamat belajar!

No comments: