Sunday, April 22, 2018

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam 1 Malaysia, Salam Perpaduan, Salam Sejahtera.

Siapa sangka, dengan tiba-tiba aku boleh pulak termasuk dalam blog usang aku ini, hahaha..padahal tengah cari bahan untuk belajar, oh sebabnya bahan yang aku bukak tadi tu dia pun dalam Blog, so bila bukak Blog, kat tepi tu ada nampak nama blog aku. bila tengok post aku terdahulu, memang menggamit kenangan semasa belajar di Kolej Shahputra (KSP), Kuantan, lepas itu dinaik taraf kepada Kolej Universiti Shahputra ataupun University College Shahputra (USCA), yang terkini kolej tersebut sudah menjadi Widad University College. Masih aku ingat ketika mahu mendaftarkan diri ataupun hari-hari pertama di kolej tersebut, bersama kakak dan abangku menaiki bas dari Taiping ke Kuantan. Kami tiga beradik menaiki bas warna kuning lupa dah nama bas tu, bertolak 10.45 malam dan sampai di terminal bas kuantan (sekarang dah jadi RTC kuantan) pada jam 6.30 pagi. Umi pernah cakap, kawan umi pernah sampai ke terminal tersebut, katanya terminal tu tinggi, ya betul, sampai je di terminal itu memang tinggi pun. kami pun panggil laa pakcik teksi untuk ke kolej shahputra. ramai yang datang untuk pendaftaran. kami lepak-lepak dulu di kafeteria ada kolam kat situ, masa semester 4 kot kolam tu dah tak ada, management tutup kolam tu buat jadi tempat meja makan. Aku pun pergi laa court yard kat atas untuk "bleep test". Badan tak habis letih lagi perjalanan 8 jam, nak tak nak kena laa bleep test. aku dengan yana masa tu bleep test. yang in charge masa tu encik Lutfi bin Hamsi. Muda encik Lut masa tu sampaikan aku tanya "abang ni senior eh?" hahahhaa....marah en Lut aku panggil dia abang senior "kau kata aku senior? aku lecturer laa kat sini" hahahaa...terdiam aku..ok laa kan nampak laa muda remaja disitu..masa aku nak turun ke kafe ada lagi dua orang baru datang untuk bleep test, Ajid dengan Apek, dua-dua bukan main laju je lari untuk bleep test..semangat betul aku tengok deme. Lepas habis bleep test, kena interview pulak dengan Madam Suhaila. 

Ini kisah 8 tahun dulu beb, lama tuh tapi kenangan masih dirasai dan membuatkan aku tersenyum bila mengimbau kenangan berjauhan dengan keluarga membawa diri. Banyak lagi boleh diceritakan. Tapi nanti laa sambung tulis. Inysaallah, ingatan kenangan belajar diploma masih boleh diingati. tak semua babak laa boleh ingat, tapi dengan izin-Nya boleh sambung cerita2 suka duka di Kuantan. 

"Danny....Danny...Danny..."

Bersambung.................

No comments: