Monday, March 7, 2011

Perkhemahan kelas OutDoor Recreation SR113 2011- Day 1

   Akhirnya,setelah sekian lama ak xupdate blog usang ak ni tiba-tiba tergerak hati nak mengemaskini.Hurmm...
mungkin dah lama sangat ak tinggal blog ni,blog pn rindu kt owner dia..

Kita terus maju ke depan...pada jam 3.00 p.m peserta diberi taklimat ringkas oleh Madam Suhaila berkenaan perjalanan kem pesan beliau jaga nama kolej,jaga reputasi kolej,jangan bagi malu nama SR113 Shahputra..taklimat diselit dengan kata-kata semangat oleh ustaz Asmadi...(ustaz Asmadi ni orang kampung ak rupanya) cayalahh ustaz....

                        Sempat bergambar sebelum bertolak ke Tasik Chenderoh,Perak Darul Ridzuan

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke UiTM Shah Alam kerana kami perlu  berkumpul di sini terlebih dahulu bersama peserta daripada Instedt,UiTM Jengka,dan peserta daripada UiTM Shah Alam..keseluruhan peserta adalah dalam lingkungan 225 orang.Pada malam tersebut kami dikenalkan akan abang2 dan akak2 fasilitator yang akan memberi tunjuk ajar kepada kami semasa dalam hutan nanti,
Di akhir taklimat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan besar iaitu Tasik Bera,Tasik Temenggor, Tasik Kenyir dan Tasik Chini. Dalam kumpulan besar ini di cerakinkan lagi kepada kumpulan kecil ataupun mengikut gunung.Kesemua terdapat 5 buah gunung.bermakna terdapat 20 gunung di mana ahlinya terdiri 11 hingga 12 orang peserta.Tujuan kami dibahagikan kerana untuk memudahkan atur cara perkhemahan.
aku tergolong dalam Tasik Temenggor dan gunung Santubong.

Selesai taklimat, kami dibenarkan untuk berehat di sekitar perkarangan asrama Sri Kenanga iaitu salah satu asrama pelajar di Uitm Shah Alam.



             Abang-abang dan kakak-kakak fasilitator kesayangan kami ;D

No comments: