Monday, March 7, 2011

Day 2

pagi itu kami di kejutkan dengan laungan azan subuh dari masjid UiTM.Selesai solat subuh berjemaah kami diminta pula supaya berkumpul untuk senam pagi. senam pagi dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu wawasan setia warga UiTM dan lagu tema "Standing In The Eyes of The World" nyanyian Ella. nyayian kami sungguh luar biasa sebabnya nyanyi tanpa iringan muzik...hehehee..menu sarapan pagi kami ialah bihun goreng...nyam!! nyam!!

tepat jam 8.30 a.m peserta kaum kerabat kem outdoor ini bertolak ke Tasik Chenderoh dengan penuh semangat  berkhemah..biasalaa excited nk masuk hutan laa katakan..

Kami berlabuh di kawasan kampung berdekatan denganTasik Chenderoh, jalan kampung kebiasaannya kecil so xmuat bas nk lalu..walaupun hujan renyai ketika itu  tetapi riak muka peserta masih lagi "in mood" kata omputeh..kami berjalan kaki sambil membawa barangan peribadi dan barang2 perkhemahan. rupanya tapak campsite kami tu kawasan larangan, tanah pusaka yakni ada tuan tanah ke daun yang empunya...luas boh kawasan tu..

setelah smpai di campsite.kami di beri tugasan oleh fasi untuk membersihkan kawasan campsite yg udoh rupe cikcibor bak kata orang peghrok.ada kumpulan yg mndirikan khemah,ad yg kne kmas dapur korek longkang kmpulan ak diberi tugas untuk mmsang khemah tdor peserta lelaki...lame ak xpraktikkan ikatan kat pokok
rasa kekok lak..da mcm pntun jek???

di malam hari pula kami bersolat jemaah dan diberi taklimat lagi sekali oleh fasi akan perjalanan pada esok harinya...pertama kalinya ak makan atas dulang dan di kongsi seramai 12 orang...cukup ke soalan pertama aku???? memang tak ahh...tp itu laa nikmat dalam berkhemah. semangat berkumpulan...betul ke??

antara aktiviti yang bakal kami tempuhi ialah :

1. CAMP CRAFT
mencantikkan kawasan sekitar perkhemahan.termasuklah mendirikan khemah,membuat saliran longkang,membina alatan mengikut kreativiti dan arahan fasilitator dengan menggunakan buluh,kayu dan tali.

2. JUNGLE TRACKING
merentasi hutan atau meneroka hutan.aktiviti ini memerlukan para peserta mendaki bukit,melalui liku perjalanan yang mencabar dan berenang.kenapa berenang?haaa itu yang kita tak tahu.untuk mendaki bukit,para pelajar haruslah pergi ke jeti bersebelahan tapak perkhemahan.jeti tersebut berada sajauh lebih kurang 1km dari tapak perkhemahan.untuk ke sana,para peserta haruslah berenang tetapi dilengkapi Personal Floating Devices (PFD)

3. KAYAK
setiap kayak membawa DUA orang peserta.mereka akan berkayak mengelilingi pulau yang ada di Tasik Chenderoh.jangan nak santai sangat sebab,sakit pinggang la yob.

4. SURVIVAL
aktiviti yang paling mencabar.survival atau dalam bahasa melayunya ikhtiar hidup.memang betul-betul ikhtiar.para pserta yang telah dibahagikan kepada gunung dibahgaikan lagi kepada DUA kumpulan.jadi setiap gunung ada kumpulan A dan B.aktiviti ini ingin menguji kekuatan mental dan semangat berpasukan dengan mereka dibiarkan di dalam hutan selama 24 jam dengan hanya berbekalkan sebotol air tasik,sebotol air minuman,sedikit beras,tiga batang mancis,sebiji telur dan beberapa gram tepung.



barang2 larangan seperti minyak wangi, rokok, lighter, makanan ringan, deodorant, akan di simpan di peti besi oleh fasi...kalu xpndai jaga badan mmg bau perghh laa kan... :P




No comments: