Monday, March 14, 2011

Bantuan pernafasan mulut ke mulut : CPR

kelas diteruskan dengan pembelajaran tajuk baru..iaitu CPR atau dalam bahasa pernafasan mulut ke mulut...
tetapi untuk mendalami ilmu CPR ini, kita terlebih dahulu perlu memahami maksud dan mengeskploidtasikan
langkah-langkah keselamatan ini dengan cekap serta mahir mengendalikannya..

Maksud bagi CPR ialah "Cardiopulmonary Resuscitation" bantuan awal ini amatlah penting bagi pesakit sebelum tibanya bantuan hospital kerana peratusan pesakit untuk mati adalah tinggi! Selain itu juga, bantuan awal dapat memberikan semangat untuk hidup kepada pesakit.

Untuk memulakan bantuan awal ataupun CPR, sebagai penyelamat beliau harus memastikan samada pesakit dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar. Seterusnya, sebagai panduan, beliau mesti tahu langkah "DR ABC." maksudnya;-

                     D - Danger
                     R - Respond
                     A - Airways
                     B - Breathing
                     C - Circulation

Sebagai contoh kejadian, pesakit baru sahaja terlibat dalam kejadian jalan raya, mangsa menunggang motosikal dan mengalami pendarahan. Langkah pertama untuk penyelamat ialah, mendapatkan bantuan lain seperti menelefon ambulans.Sesudah itu, penyelamat harus memastikan pesakit berada dalam keadaan yang selamat "D". Contohnya, pesakit tidak berada di tengah jalan raya yang boleh dilanggar kenderaan lain, sekiranya pesakit dalam keadaan yang bahaya, alihlah pesakit di tempat yang selamat...

"R" penyelamat harus sedarkan pesakit untuk memastikan samada pengsan ataupun tidak.
"A" penyelamat meletakan pipi dan telinga di muka pesakit untuk merasa pernafasan,  dalam masa yang sama          mata melihat dada pesakit samada naik ataupun tidak..
"B" penyelamat perlu tahu pesakit masih bernafas ataupun tidak..
"C" periksa nadi pesakit masih berdenyut ataupun tidak


Untuk lebih jelas membuat bantuan CPR mari lihat video ini

P/S : Walaupun kita mahir untuk membuat bantuan awal ini, tetapi kita masih perlu untuk mendapatkan bantuan lain seperti telefon hospital dll...selamat belajar!

Monday, March 7, 2011

Day 8

selepas selesai main game tresure hunt pagi semalam...tanpa tidurnya kesemua peserta diminta mengemas barang masing2, kemas barang dapur, barang berkayak, barang masakan..sebabnya kita nak balik ke Shah Alam dah..
12.40 p.m kita orang gerak bertolak keluar daripada tapak perkhemahan kami selama seminggu ini..banyak kenangan pahit manis semasa di kem outdoor nih...

setelah penat menunggu bas sampai, kami bergerak menaiki bas pulang ke UiTM Shah Alam dan smpai pada jam 7.50 p.m. smpai jek kt Shah Alam tu..kene kemas barang masuk dalam stor..berat jugak kayak tu nampak macam ringan...kalu ankat ramai2 sure laa ringan yer dok???

jagaan malam diteruskan...cuma suasana nyer sahaja berbeza..huhuhu...

ke esokkan harinya pula...selepas sarapan pagi..kami mulakan tugas kami dengan membersihkan barang yang patot dibersihkan...dapat main air masa ni..hahaa..besuh khemah, basuh barang2 lain...ak tukang sidai jek...
ok laa tu kan..tolong jugak...heee....

                            menyusun / mengira  life jacket  cukup ke tidak...



lekas wehh...mana khemah seterusnya!! Aku nak balik Jengka dah ni..(konon2 dialog betul)

di malam harinya pula...kali ni xda dah post motem post motem ap suma...malam ni kerja kami makan je selagi ada makanan...majlis dimulakan dengan nyanyian lagu wajib, ucapan daripada wakil pelajar Farid menceritakan serba ringkas berkenaan perkhemahan ini....seterusnya ucapan daripada lecturer dan ucapan daripada Dekan...

lepas tu??? makan laa bro!!


                           cukup keh lauk ni???? hurmmmm............

lepas makan majlis diserikan dengan persembahan dari Tasik masing2...

      
                 antara kumpulan yang menyerikan majlis makan malam pada hari berkenaan.


                  wajah2 ceria pelajar Kolej Shahputra....hehheee...kenyang makan bang??




ke esokkan hari nya...majlis penutupan dilakukan oleh ketua kem untuk 2011...
kami beratur panjang untuk bersalam salaman meminta maaf sesama sendiri dan sesama fasi serta lecturer...
hurmm...bas pon dah sampai....xreti-reti nk pulang ke yop????

lagi gambar....

satu...
dua...
tiga
empat

Day 7

hari ketujuh ni pulak merupakan hari terakhir kita orang membuat aktiviti outdoor di Tasik Chenderoh, Perak.
rasa macam baru kelmarin jek datang sini..tup2 dah hari terakhir...selalunya memang macam tulah perasaan kita..rasa benda tu cepat sangat berlalu...macam angin tiup...fiuuhh...fiuuhh...(mula dah merapu)

Ok! pada hari ini kumpulan aku iaitu Tasik Temenggor dan kumpulan kecil ak gunung Santubong membuat aktiviti Camp Craft sekali lagi..hurmm..rasanya kumpulan kami jek ulang buat camp craft ny DUA kali..kenapa yaa??? jawapanya mudah jek..sebab kumpulan aku kumpulan yang hebat, so xda hallah nk ulang2 menda sama..hahhahaa....

di malam harinya pula..seperti biasa kami membuat aktiviti post motem untuk kali terakhir untuk perkhemahan outdoor 2011.banyak jugak lahh yang kami dapat mase post motem ny..antaranya dapat dengar cerita-cerita dari kumpulan lain...mereka begitu teruja menceritakan pengalaman masing2...di tambah gelak tawanya..so sweet gitu..walaupun keletihan tetapi kesemua peserta tetap dengan semangat outdoor..

tepat pukul 12.00 a.m kami di arahkan supaya keluar daripada campsite untuk seketika..aku terfikir ada game burung hantu..kena jalan sorang2..perghh!! yang tu aku takot...iman xkuat an..huhuhu...

tp rupanya ada game tresure hunt...menarik, gempak, first time ak main game camni...mula2 tu bengap jgak nk dapat klu game ni...knapa ada orang nyanyi2 ni...lecturer xmarah ke???

rupanya orang yang nyanyi2 tulah klu dalam permainan tresure hunt ni...yela first time main..mmg xnmpk bayang lagi...tkejot ak bila terserempak dengan nenek kebayan..egtkan hantu mana tadi..akekekee...

penat jugak perah otak karang pantun ni..first time jugak aku dngar lagu rakyat Pahang..."Lemak Manis"

game 2 sampai ke subuh baru kumpulan ak dapat selesaikan ke ayat terakhir.konklusinya kumpulan aku xda laa kalah di tempat terakhir..cuma nombor 3,4 dari belakang jek...hahahaa...

Day 6

hari ini perasaan kami bercampur baur...ad yang rasa seronok sebab last aktiviti kami, dan ada yang rasa sedih sebab kem sudah berada di penghujungnya...

kesemua menunjukkan semangat yang membara bak atlet diberi kata-kata perangsang oleh jurulatih. last aktiviti kumpulan kami pada hari ke enam ini ialah berkayak. taklimat berkayak disampaikan oleh cik fasi berkenaan cara duduk, cara untuk memasang seat dia, cara mendayung, sejarah penubuhan kayak di dunia di Malaysia...


                             gambar ni salah satu bentuk kayak jenis sit-on-top




cara-cara untuk mendayung pula...berapa kedalaman paddle yang perlu dimasuk ke dalam air..kayak yang ini jenis sit inside

aktiviti kayak bermula pada jam 2 p.m kayak dimulakan dengan pelepasan sebuah demi sebuah kayak dan di ketuai oleh ketua kayak..formasi kumpulan kami ialah ketua akan mengetuai kami dihadapan di ikuti oleh anak buah dibelakang.diceritakan panjang perjalanan berkayak kami ialah 15KM...lebih kurang dari Kamunting pergi ke Ulu Sepetang..jauh jugak tu!

secara peribadi aku dan pasangan aku berkayak xmeluncur lurus...tp meluncur bengkang bengkok...biasalaa..budak baru belajar kan...huhuhu...elok ke kanan dayung2 pergi kiri pulak..heran sungguh..nasib baik ramai lg peserta lain xpndai berkayak...hahahhaa....


                peserta memberi tumpuan mendengar taklimat yang diberikan oleh cik fasi

dalam aktiviti berkayak ny..ak paling takot buat water rafting ataupun menterbalikkan kayak di tengah laut/sungai/ tasik....mujur laa ad PFD.. kalu tidak jenuh laa nk berenang..pandai pulak ak berenang...500M pn da semput..xde bakat mcm danial beego kot..hehehee.....berkayak masa matahari tengah terik..kesan mmg terasa laa...kalau pakai bju lengan pnjang xpe lagi...at least kulit cover...sapa yang jage kulit 2 siap laa kulit anda...sure hitam punya...hahhaha....aku takpe ...xjage sangat....sangat... yeke????????

dalam jam 7.00 p.m kami smpai semula di jeti permulaan kami tadi...berkumpul nk memberi report kepada lecturer yang bertugas...masing2 buat muka happy, letih, rasa nak kayak lagi...muka aku??? hurmmmmm....

sebelah malam....solat maghrib, isyak...makan suma...aktiviti yang di tunggu2 untuk menceritakan pengalaman aktiviti siang hari tadi post motem...

Day 5

rutin macam biasa.solat subuh, senaman pagi, serapan pagi.

aktiviti kumpulan aku hari ni syok sikit sebab kene panjat bukit.diceritakan ketinggian bukit yang bakal kami mendaki ialah 230M..bayangkan tinggi mana tu...

terkejut jugak pada awalnya kerana kami diarahkan supaya memakai PFD ataupun life jacket..aiii nak pergi pnjat bukit pn kene pakai life jacket keh?? bersungguh benar jaga keselamatan...

sabar dulu, sebelum smpai ke kaki bukit kami terlebih dahulu dikerah tenaga untuk berenang sejauh 100M untuk smpai ke jeti seberang..maknanya dari jeti seberang baru bermula perjalanan jungle tracking kami...

         ini laa PFD yang kami kena pakai tadi, PFD = Personal Floating Device

setelah penat berenang ke jeti seberang..kami di beri taklimat ringkas oleh fasi cik Azreen. katanya kalu2 jumpa orang kampung tegur2 laa..kita ni menumpang lalu jek...so xyah nk sombong sangat lahh...

setiap kumpulan mendapat 2 orang fasi,fasi  kumpulan aku fasi pling top cik Azreen dan fasi Cik Umi daripada alumni..rudget oo cik umi ni...tp paling best dia org perak sama cam ak..ada gak geng...fuhh3...hehee...

tengah hari kesemua kumpulan berjaya sampai ke puncak bukit, Alhamdulillah syukur....da sampai tu ap lagi
mencekik laa pulak...hehehe....

dalam 30minit berehat ambik nafas kami turun semula pulang ke tapak khemah....masa perjalan turun
aku rasa sgguh bertuah sbb cik Azreen ckap kat ak.."eh awk nanti turun dgn saya ehh" perghh...
bgge laa jgk sbb cik fasi offer kita turun dgn dia....

mgkin sebab dia tgk aku semangat pnjat bukit kot,ntah laa...dlm kletihan turun bukit tu sempat lagi ak mempromosi bukit maxwell ataupun bukit Larut di Taiping, Perak..sebab cik Azreen ni dia suka mendaki gunung..so ak cadangkan dia datang taiping tuk mendaki...

dalam jam 6.40 p.m kami smpai di base camp...siap2 solat dan siap2 untuk aktiviti pada malam pula...
post motem...



nah! ni belum smpai puncak lagi ok...lebih kurang lagi 50M br smpai pncak..hehee..sejuk laa jugak tp xsesejuk Cameron Highland ( xpenah pegi pon)



titi gantung pon ad di puncak bukit Larut nie...hurmmmm...



pemandangan bandar Taiping pada waktu malam dari bukit Larut

Day 4

hari keempat nie aktiviti kami rilek-rilek jek...aktiviti semalam je da guna 110% tenaga badan mata, tangan, otak suma...bagi laa peluang kami buat aktiviti ringan2 pula ye dok...

nama aktiviti ialah camp craft. cramp craft ni penting sebenarnya untuk mencantikkan lagi kawasan perkhemahan kita..cram craft terlibat membuat rak kasut, membuat ampaian so kain baju xda laa bersepah sana sini lepas nie yer!

bersihkan dewan utama gak kami buat  yelaa..tempat untuk solat , untuk makan ,untuk berkumpul kena la bersihkan..baru khusyuk nak solat ap suma...

aktiviti pada hari nie banyak main dalam kawasan campsite jelaa senang cerita...so xbanyak benda nk di coretkan..huhuuu...





malam hari lpas solat isyak makan2 perot kenyang suma..post motem sekali lagi di utarakan..menceritakan pengalaman masing2 dari semua aktiviti, aktiviti kayak cerita pasal pengalaman berkayak, jungle tracking cerita set2 dia...

1.00 a.m peserta dibernakan masuk tidur. tapi jagaan malam jangan di lupa..

Day 3

memulakan hidup dengan solat subuh secara  berjemaah, melakukan senaman pagi, menyanyikan 3 buah lagu
wajib dan bersarapan pagi, mihun beserta teh O.

bersiap-siap untuk aktiviti pertama kumpulan kami iaitu survival. setiap gunung dibahagi kpada 1 kumplan kecil makna nya 1 gunung ad 2 kumpulan bersamaan 6 orang ahli. untuk 1 kumpulan kecil hanya dibenarkan membawa SATU buah beg sahaja. antara barang wajib yang perlu dibawa ialah, SATU surah yasiin, SATU sejadah,SATU kain pelekat,dan  telekong. dan untuk survive kami diberi parang, 2 biji telur, sedikit beras,garam,gula,tepung dan 3 batang mancis untuk menyalakan api di malam hari. paling medukacitakan ialah
lampu picit adalah DILARANG sama sekali untuk dibawa...masa tu ak harap2 bulan penuh so terang laa skit..huhuhu...

kami dibawa ke pulau terdekat dengan menaiki bot, masa perjalan dianggarkan dalam lingkungan 10 minit..
disebabkan kumpulan kami yang terawal membuat aktiviti survival, so kawasan survival kami masih lagi suci daripada tebasan manusia. fasi memberi masa 30 min untuk kami membersihkan kawasan survival kami. kami dilarang untuk keluar daripada keluar daripada tapak khemah sejauh 15M lebih kurang 25 tapak.

ketua kumpulan ak memberi tugas separuh mmbuat shelter dan yang lain mencari stok kayu api.
proses membuat pndok sementara diuruskan oleh set2 gurl2 kumpulan aku. set2 laki ap lagi nyalakan api laa...

api berjaya dihidupkan..syukur!



untuk dinner kami hanya membuat makanan bujang sahaja,beras + garam + telur = kenyang
teh O panas sebagai penganti air kosong kami pada malam itu. perut kalau da lapar makan ap pun sedap..huhuhu...

untuk jagaan malam didahulukan oleh makcik guard sehingga ke tgh malam..jagaan seterusnya diserahkan kepada abang2 pula yek...jagaan malam kaum laki diuji dengan stok kayu api yg semakin berkurangan
dengan mata mengantuk suma cukup..tp semangat bersurvival kami kuatkan mata...acecece....

sedang leka bermaintainkan api kami dikejutkan dengan serombolan pasukan fasi dan lercturer untuk membuat pemeriksaan..kumpulan kami diberi pujian kerana api antara yang terkuat nyalaan daripada kumpulan lain..tp dikritik sebab xda pagar dan xda ampaian...


                               muka aku xda...sedehnya..............

pagi nya kami menunggu cik fasi untuk membawa kami keluar daripada ujian hidup ini...
dalam jam 11 lebih baru cik fasi datang menjemput kami...fuhh lega bohh..dpat balik base camp...

kami diberi bubur untuk juadah petang kami di base camp....

malam pula, aktiviti post moterm dijalankan

Day 2

pagi itu kami di kejutkan dengan laungan azan subuh dari masjid UiTM.Selesai solat subuh berjemaah kami diminta pula supaya berkumpul untuk senam pagi. senam pagi dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu wawasan setia warga UiTM dan lagu tema "Standing In The Eyes of The World" nyanyian Ella. nyayian kami sungguh luar biasa sebabnya nyanyi tanpa iringan muzik...hehehee..menu sarapan pagi kami ialah bihun goreng...nyam!! nyam!!

tepat jam 8.30 a.m peserta kaum kerabat kem outdoor ini bertolak ke Tasik Chenderoh dengan penuh semangat  berkhemah..biasalaa excited nk masuk hutan laa katakan..

Kami berlabuh di kawasan kampung berdekatan denganTasik Chenderoh, jalan kampung kebiasaannya kecil so xmuat bas nk lalu..walaupun hujan renyai ketika itu  tetapi riak muka peserta masih lagi "in mood" kata omputeh..kami berjalan kaki sambil membawa barangan peribadi dan barang2 perkhemahan. rupanya tapak campsite kami tu kawasan larangan, tanah pusaka yakni ada tuan tanah ke daun yang empunya...luas boh kawasan tu..

setelah smpai di campsite.kami di beri tugasan oleh fasi untuk membersihkan kawasan campsite yg udoh rupe cikcibor bak kata orang peghrok.ada kumpulan yg mndirikan khemah,ad yg kne kmas dapur korek longkang kmpulan ak diberi tugas untuk mmsang khemah tdor peserta lelaki...lame ak xpraktikkan ikatan kat pokok
rasa kekok lak..da mcm pntun jek???

di malam hari pula kami bersolat jemaah dan diberi taklimat lagi sekali oleh fasi akan perjalanan pada esok harinya...pertama kalinya ak makan atas dulang dan di kongsi seramai 12 orang...cukup ke soalan pertama aku???? memang tak ahh...tp itu laa nikmat dalam berkhemah. semangat berkumpulan...betul ke??

antara aktiviti yang bakal kami tempuhi ialah :

1. CAMP CRAFT
mencantikkan kawasan sekitar perkhemahan.termasuklah mendirikan khemah,membuat saliran longkang,membina alatan mengikut kreativiti dan arahan fasilitator dengan menggunakan buluh,kayu dan tali.

2. JUNGLE TRACKING
merentasi hutan atau meneroka hutan.aktiviti ini memerlukan para peserta mendaki bukit,melalui liku perjalanan yang mencabar dan berenang.kenapa berenang?haaa itu yang kita tak tahu.untuk mendaki bukit,para pelajar haruslah pergi ke jeti bersebelahan tapak perkhemahan.jeti tersebut berada sajauh lebih kurang 1km dari tapak perkhemahan.untuk ke sana,para peserta haruslah berenang tetapi dilengkapi Personal Floating Devices (PFD)

3. KAYAK
setiap kayak membawa DUA orang peserta.mereka akan berkayak mengelilingi pulau yang ada di Tasik Chenderoh.jangan nak santai sangat sebab,sakit pinggang la yob.

4. SURVIVAL
aktiviti yang paling mencabar.survival atau dalam bahasa melayunya ikhtiar hidup.memang betul-betul ikhtiar.para pserta yang telah dibahagikan kepada gunung dibahgaikan lagi kepada DUA kumpulan.jadi setiap gunung ada kumpulan A dan B.aktiviti ini ingin menguji kekuatan mental dan semangat berpasukan dengan mereka dibiarkan di dalam hutan selama 24 jam dengan hanya berbekalkan sebotol air tasik,sebotol air minuman,sedikit beras,tiga batang mancis,sebiji telur dan beberapa gram tepung.



barang2 larangan seperti minyak wangi, rokok, lighter, makanan ringan, deodorant, akan di simpan di peti besi oleh fasi...kalu xpndai jaga badan mmg bau perghh laa kan... :P




Perkhemahan kelas OutDoor Recreation SR113 2011- Day 1

   Akhirnya,setelah sekian lama ak xupdate blog usang ak ni tiba-tiba tergerak hati nak mengemaskini.Hurmm...
mungkin dah lama sangat ak tinggal blog ni,blog pn rindu kt owner dia..

Kita terus maju ke depan...pada jam 3.00 p.m peserta diberi taklimat ringkas oleh Madam Suhaila berkenaan perjalanan kem pesan beliau jaga nama kolej,jaga reputasi kolej,jangan bagi malu nama SR113 Shahputra..taklimat diselit dengan kata-kata semangat oleh ustaz Asmadi...(ustaz Asmadi ni orang kampung ak rupanya) cayalahh ustaz....

                        Sempat bergambar sebelum bertolak ke Tasik Chenderoh,Perak Darul Ridzuan

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke UiTM Shah Alam kerana kami perlu  berkumpul di sini terlebih dahulu bersama peserta daripada Instedt,UiTM Jengka,dan peserta daripada UiTM Shah Alam..keseluruhan peserta adalah dalam lingkungan 225 orang.Pada malam tersebut kami dikenalkan akan abang2 dan akak2 fasilitator yang akan memberi tunjuk ajar kepada kami semasa dalam hutan nanti,
Di akhir taklimat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan besar iaitu Tasik Bera,Tasik Temenggor, Tasik Kenyir dan Tasik Chini. Dalam kumpulan besar ini di cerakinkan lagi kepada kumpulan kecil ataupun mengikut gunung.Kesemua terdapat 5 buah gunung.bermakna terdapat 20 gunung di mana ahlinya terdiri 11 hingga 12 orang peserta.Tujuan kami dibahagikan kerana untuk memudahkan atur cara perkhemahan.
aku tergolong dalam Tasik Temenggor dan gunung Santubong.

Selesai taklimat, kami dibenarkan untuk berehat di sekitar perkarangan asrama Sri Kenanga iaitu salah satu asrama pelajar di Uitm Shah Alam.



             Abang-abang dan kakak-kakak fasilitator kesayangan kami ;D